Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan kepada semua pelajar SMK 1 (Lukisan Senibina) Kolej Komuniti Kuantan! Saya sangat berbangga dan mengalu-alukan kehadiran semua pelajar ke blog perkongsian ilmu saya ini. Blog ini adalah sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) saya serta dilihat mampu membantu para pelajar bagi Modul LA03 - Lukisan Persembahan, topik Lakaran & Lorekan Objek. Diharap para pelajar dapat mengaplikasikan blog ini serta pautan dari Facebook (laman interaksi kita) bagi memenuhi tuntutan tugasan kamu..Ianya boleh diakses di mana-mana jua kalian berada serta interaksinya juga boleh terus kepada laman Facebook tersebut..!
Objektif pembelajaran bagi topik ini ialah;
a) Supaya pelajar dapat memahami perbezaan antara lakaran dan lorekan bagi sebarang ilustrasi.
b) Agar pelajar boleh mengaplikasikan dan merasai perbezaan pengalaman mengenai penggunaan media pensil dan pen.
c) Agar pelajar boleh mengaplikasikan teknik-teknik lakaran dan lorekan ini didalam projek Lukisan Persembahan Senibina.
d) Agar pelajar memahami kepentingan dan tujuan lakaran dan lorekan objek didalam Lukisan Persembahan, dan
e) Akhirnya pelajar boleh menghasilkan objek-objek lakaran dan lorekan berdasarkan tugasan LA03/P1 yang diberikan, menggunakan media pensil dan pen di atas kertas katrij bersaiz A3!
Selamat melayari blog ini!
Salam hormat,
Puan Syaizura Hani Binti Abd Samat,
shyzs@yahoo.com
Facebook - Syaizura Hani
Pensyarah Modul LA03 - Lukisan Persembahan,
Program Pelukis Pelan Senibina,
Kolej Komuniti Kuantan,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
No comments:
Post a Comment