Thursday, 13 October 2011

LAKARAN DAN LOREKAN OBJEK

Definisi Lakaran:

- Penghasilan lukisan yang bersahaja (spontan), ringkas dan cepat. Tujuan lakaran ialah sebagai sebelum penghasilan lukisan akhir, untuk meluahkan idea dengan pantas serta memberikan pemahaman tambahan terhadap idea awal.

 Ini ialah contoh gambarajah lakaran


Definisi Lorekan (Rendering):

- Dihasilkan setelah membuat lakaran terhadap sesuatu objek; Tujuannya ialah untuk :

Memisahkan antara satah

Menunjukkan objek 3 dimensi

Menunjukkan perkaitan teduhan dan juga bayang

Menerangkan bentuk sesuatu objek

Ini ialah contoh gambarajah lorekan


Kualiti sesebuah lakaran dipengaruhi oleh :

- Kebersihan
- Kualiti garisan
- Ketepatan lakaran


Terdapat 4 kaedah untuk melukis dan melakar :
1. Melalui Pengukuran - menganggar ukuran objek dengan sesuatu secara kasar, kemudian memindahkannya di atas kertas lukisan.
2. Menggunakan Grid - melakar dengan merujuk kepada grid yang dilukis di atas gambar asal dan grid pada kertas lukisan.
3. Menggunakan Paksi -melakar dengan merujuk garisan paksi yg dilukis di atas gambar asal atau membayangkan garisan paksi pada bangunan/pemandangan yang dilihat.
4. Lakaran Bebas - melakar secara bebas berdasarkan pemerhatian.
Di sini juga dinyatakan 3 teknik yang boleh digunakan di dalam membuat atau menghasilkan lorekan (rendering) :
Teknik Garisan
Teknik Titik
Kombinasi Teknik Garisan dan Titik


Gambarajah yang menunjukkan penggunaan teknik titik (media pen)

Gambarajah yang menunjukkan penggunaan teknik garisan (media pensil) 

Gambarajah yang menunjukkan gabungan penggunaan teknik titik dan teknik garisan (media pensil)  




Kelebihan menggunakan teknik lakaran dan lorekan akan membuatkan lukisan lebih mudah difahami dengan menerangkan kedalaman dan juga bentuksesebuah permukaan. Contohnya : permukaan rata atau bulat, permukaan melintang atau menegak.


No comments:

Post a Comment