Tuesday 11 October 2011

PENGENALAN TOPIK LAKARAN DAN LOREKAN OBJEK

Pengenalan


Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya yang lebih kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya. Bentuk-bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pastel dan sebagainya. Penggunaan warna amat terhad.


Lakaran


Lakaran merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya. Alatan dan bahan lukisan yang boleh digunakan ialah pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat.


 
Teknik-teknik lukisan yang boleh digunakan ialah :
1. Teknik garisan
2. Garisan pangkah
3. Titik
4. Lorekan
5. Campuran
Media Yang Boleh Digunakan Untuk Membuat Lakaran dan Lorekan Objek
1. Pensel
Dibuat daripada arang dan tanah liat. Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton. Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel.



Jenis-jenis pensel
Ketebalan pensel yang berbeza menghasilkan efek lakaran dan lorekan yang berbeza
Hasil lakaran dan lorekan menggunakan pensil 

2. Pen

Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal, pen marker dan sebagainya. Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza, manakala pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci.
Pen lukisan/fountain pen

Pen lukisan/fountain pen

Pen mata bola (ball pen)

Pen kaligrafi


Pen teknikal yang memiliki pelbagai mata mengikut saiz tertentu
Pen lukisan (drawing pen)
Hasil lakaran dan lorekan menggunakan pen

No comments:

Post a Comment