Friday 14 October 2011

SELAMAT DATANG...!

Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan kepada semua pelajar SMK 1 (Lukisan Senibina) Kolej Komuniti Kuantan! Saya sangat berbangga dan mengalu-alukan kehadiran semua pelajar ke blog perkongsian ilmu saya ini. Blog ini adalah sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) saya serta dilihat mampu membantu para pelajar bagi Modul LA03 - Lukisan Persembahan, topik Lakaran & Lorekan Objek. Diharap para pelajar dapat mengaplikasikan blog ini serta pautan dari Facebook (laman interaksi kita) bagi memenuhi tuntutan tugasan kamu..Ianya boleh diakses di mana-mana jua kalian berada serta interaksinya juga boleh terus kepada laman Facebook tersebut..!

Objektif pembelajaran bagi topik ini ialah;

a) Supaya pelajar dapat memahami perbezaan antara lakaran dan lorekan bagi sebarang ilustrasi.

b) Agar pelajar boleh mengaplikasikan dan merasai perbezaan pengalaman mengenai penggunaan media pensil dan pen.

c) Agar pelajar boleh mengaplikasikan teknik-teknik lakaran dan lorekan ini didalam projek Lukisan Persembahan Senibina.

d) Agar pelajar memahami kepentingan dan tujuan lakaran dan lorekan objek didalam Lukisan Persembahan, dan

e) Akhirnya pelajar boleh menghasilkan objek-objek lakaran dan lorekan berdasarkan tugasan LA03/P1 yang diberikan, menggunakan media pensil dan pen di atas kertas katrij bersaiz A3!

Selamat melayari blog ini!

Salam hormat,


Puan Syaizura Hani Binti Abd Samat,
shyzs@yahoo.com
Facebook - Syaizura Hani
Pensyarah Modul LA03 - Lukisan Persembahan,
Program Pelukis Pelan Senibina,
Kolej Komuniti Kuantan,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

VIDEO-VIDEO INTERAKTIF LAKARAN & LOREKAN





Semoga video-video ini mampu membantu para pelajar serta menjadi pemangkin semangat dan minda untuk menghasilkan lakaran dan lorekan yang terbaik!!

CONTOH-CONTOH LAKARAN DAN LOREKAN MENGGUNAKAN MEDIA PEN





































Tidak seperti pensil, penggunaan pen agak sedikit merumitkan kerana jika berlaku kesilapan terhadap lakaran, ianya sukar untuk dipadam. Efek teknik penggunaan pen juga lebih cantik berbanding pensil kerana ianya berbeza mengikut jenis pen, hujung mata pen serta dakwatnya. Namun, kebanyakan ilustrator suka akan teknik penggunaan media ini kerana hasilnya lebih cantik dan mengkagumkan!

CONTOH-CONTOH LAKARAN DAN LOREKAN MENGGUNAKAN MEDIA PENSIL






































Cuba perhatikan setiap contoh di atas, semua ini menggunakan media pensil. Ianya juga terhasil daripada pelbagai jenis garisan seperti yang dinyatakan di awal nota. Ianya juga melengkapkan lagi keseluruhan ilustrasi dengan perincian pada setiap lukisan serta efek 3D juga turut kelihatan. Saya percaya dan yakin bahawa semua pelajar mampu memberi hasil yang terbaik sebegini sekiranya selalu praktis. ;)